Senang Hamil: Isteri Sukar Hamil Kerana Masalah Suami

Wednesday, June 25, 2014

Isteri Sukar Hamil Kerana Masalah Suami

sumber : blogs.babycentre.com

Apabila membincangkan hasil ujian air mani, beberapa faktor diambil kira secara keseluruhannya (kriteria terkini yang diterbitkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO):
  1. Jumlah air maninya melebihi 1.5ml.
  2. Kandungan sperma di dalam setiap ml cecair mani terbabit melebihi 15 juta.
  3. Lebih 40 peratus sperma terbabit menunjukkan aktiviti pergerakan.
  4. Lebih 32 peratus sperma terbabit menunjukkan pergerakan maju, sama ada perlahan (kelas tiga) ataupun laju (kelas empat).
  5. Lebih 58 peratus sperma hidup.
  6. Lebih empat peratus sperma terbabit berbentuk normal



Nilai di atas adalah nilai yang paling minimum setakat ini. Piawaian sebelum ini menggunakan julat yang lebih tinggi misalnya sperma mestilah melebihi 20 juta/ml, lebih 50 peratus sperma menunjukkan aktiviti pergerakan, lebih 30 peratus sperma mesti berbentuk normal dan seumpamanya.

Walaupun benar hanya satu sperma yang akan mensenyawakan telur, untuk sperma berkenaan berjaya sampai kepada telur yang berada di penghujung tiub fallopian bukanlah suatu perkara yang mudah.

Dalam masa beberapa minit saja selepas ejakulasi air mani di dalam faraj, banyak sperma yang masih berada di dalam faraj sudah pun mati, tidak semua yang berjaya melepasi serviks (pintu rahim), semakin sedikit yang sampai ke tiub fallopian yang mengandungi telur dan mengerumuni telur sebelum hanya satu saja yang berjaya menembusi telur terbabit.

Bagi keputusan ujian air mani yang kurang memuaskan, rawatan sama ada IUI atau persenyawaan tabung uji (IVF) lebih sesuai, mengikut tahap kekurangan terbabit.

Selain itu, beberapa faktor sosial dikenal pasti mengurangkan mutu sperma contohnya merokok mengurangkan bilangan sperma, mengurangkan sperma hidup dan mutu pergerakan sperma manakala meminum alkohol berlebihan mengurangkan bilangan dan bentuk sperma normal.







.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.