Senang Hamil: Untuk Suami Isteri : Hari Yang Terbaik Untuk Berusaha Hamil

Thursday, January 29, 2015

Untuk Suami Isteri : Hari Yang Terbaik Untuk Berusaha Hamil


Pada setiap kitaran haid, wanita mempunyai kira-kira 6 hari di mana mereka subur. Ini dikenali sebagai waktu subur. Waktu subur seorang wanita adalah lima hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi



Bilakah hari yang terbaik untuk hamil?

Sperma manusia boleh hidup sehingga lima hari di dalam saluran pembiakan wanita. Telur seorang wanita hanya boleh hidup sehingga kira kira 12 - 24 jam selepas ia dilepaskan. Ini bermakna telur wanita perlu disenyawakan dalam tempoh 12 - 24 jam ini. Tambahan pula, sperma yang baru ejakulasi tidak mampu untuk mensenyawakan telur wanita. Ia mengambil masa untuk suatu proses yang dikenali sebagai 'capacitation' berlaku.

Capacitation adalah siri perubahan yang dilalui oleh sperma apabila mereka berada di dalam saluran pembiakan wanita untuk menjadikan mereka lebih mudah berenang dan membolehkan mereka menembusi telur. Ia boleh mengambil masa sehingga 10 jam untuk sperma lelaki melengkapkan proses capacitation dan dapat mensenyawakan telur wanita. Oleh sebab itu, lima hari sebelum ovulasi adalah begitu penting. Setelah ovulasi berlaku, sperma mempunyai masa yang sangat singkat untuk mensenyawakan telur. Mempunyai sperma matang (sperma yang telah melalui proses capacitation) yang bersedia di dalam saluran pembiakan wanita adalah kunci kepada kejayaan persenyawaan.

Anda mungkin pernah mendengar atau mungkin percaya bahawa hari terbaik untuk hamil adalah hari seorang wanita mengeluarkan telur (ovulasi). Ia adalah penting untuk mengetahui bila anda ovulasi dan cuba untuk melakukan hubungan suami isteri dekat dengan masa ovulasi, tetapi hari ovulasi adalah bukan hari yang terbaik untuk berusaha hamil.

Menariknya, sehari sehingga dua hari sebelum ovulasi adalah sebenarnya hari yang lebih baik untuk berusaha hamil. Ini mungkin kerana sperma yang dipancutkan sebelum ovulasi mempunyai masa untuk matang dan mencapai telur.






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.