Senang Hamil: Untuk Wanita Berusaha Hamil, Berwaspada Dengan Makanan Ini

Wednesday, January 7, 2015

Untuk Wanita Berusaha Hamil, Berwaspada Dengan Makanan Ini



Gula boleh menyumbang kepada ketidaksuburan?!

Betul, mengambil gula dengan kerap boleh membawa kepada ketidaksuburan. Kita dihujani dengan gula halus di setiap penjuru. Kek, biskut, kuih muih, gula-gula. Ini termasuk gula putih, tepung putih, beras putih. Kebanyakan kita suka makan makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan ini. Fruktosa yang tinggi dalam sirap jagung boleh didapati dalam kebanyakan makanan di pasaraya


Masalah Kesuburan Disebabkan Oleh Gula

Gangguan hormon
Makanan yang mengandungi bahan-bahan ini dipecahkan dengan cepat oleh badan. Ini meningkatkan tahap insulin dengan terlalu cepat dan boleh membawa kepada ketidakseimbangan hormon. Ia memberi kesan kepada tahap hormon estrogen, progesteron, androgen dan testosteron .

Rintangan insulin
Pankreas merembeskan insulin untuk menukarkan gula dalam darah untuk tenaga dalam sel-sel kita. Pengambilan makanan bergula yang berlebihan menyebabkan pankreas melepaskan lebih banyak insulin. Dari semasa ke semasa, pelepasan terlalu banyak insulin boleh mewujudkan rintangan insulin. Rintangan insulin boleh mengganggu ovulasi secara normal atau menghadkan proses kematangan telur. Rintangan insulin juga boleh mengganggu kemampuan telur untuk membenam ke dalam rahim selepas persenyawaan. Wanita dengan rintangan insulin adalah 4-5 kali lebih berkemungkinan untuk mempunyai keguguran. Rintangan insulin merupakan faktor utama bagi kebanyakan wanita dengan PCOS (salah satu punca ketidaksuburan)

Jangkitan yis
Walaupun jangkitan yis tidak menyebabkan ketidaksuburan, ia boleh menghalang keupayaan sperma sampai ke telur dan menyukarkan kehamilan

PMS (Premenstrual syndrome)
Pengambilan gula yang terlalu banyak boleh menyebabkan hipoglisemia. Hipoglisemia diketahui menyumbang kepada PMS

Rendah Imuniti
Penyelidikan menunjukkan bahawa hanya 1 sudu besar gula boleh menurunkan imuniti anda untuk sehingga 4 jam pada satu masa. Imuniti rendah bermakna kita lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Ini termasuk jangkitan yis, bakteria vaginosis (boleh menyebabkan PID), penyakit kelamin dan juga sangat memberi kesan kepada kesuburan.






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.