Senang Hamil: Khas Untuk Wanita : 10 Tips Diet Kesuburan Untuk Senang Hamil

Monday, January 26, 2015

Khas Untuk Wanita : 10 Tips Diet Kesuburan Untuk Senang Hamil



"Seorang manusia terdiri daripada kira-kira 63% air, 22% protein, 13% lemak dan 2% mineral & vitamin. Setiap satu molekul datang dari makanan yang anda makan dan air yang anda minum.. " - Patrick Holford (Pengasas Institute for Optimum Nutrition)

Diet memainkan peranan penting dalam apa-apa isu kesihatan. Semua yang anda makan dan minum memberi kesan kepada kesihatan anda. Pemakanan sebelum hamil adalah penting bukan sahaja untuk memastikan anda bersedia untuk kehamilan yang sihat, tetapi juga untuk mengelakkan isu-isu ketidaksuburan.

Berikut adalah beberapa tip pengambilan diet kesuburan yang sihat

1) Makan banyak buah-buahan mentah dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 5 hidangan sayur-sayuran dan 3 - 4 hidangan buah-buahan. Berikut adalah beberapa idea untuk mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup dalam diet harian anda:

* Makan buah-buahan sebagai snek di waktu makan
* Jadikan salad sebagai salah satu daripada makanan anda
* Pastikan 50% daripada pinggan anda adalah sayuran
* Minum jus sayur-sayuran segar setiap hari




2) Jika anda makan protein haiwan, tumpukan lebih pada ikan dan bukannya daging lembu atau ayam. Ikan mempunyai banyak omega 3 yang penting dalam diet kesuburan dan kehamilan

3) Makan makanan yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 seperti biji labu dan walnut. Bijian yang tinggi Omega 6 adalah bijian bunga matahari dan bijan

4) Makan 3 - 4 hidangan bijirin penuh sehari seperti quinoa, sekoi, dan oat serta elakkan bijirin diproses. Bijirin penuh mengandungi vitamin B dan serat yang kedua-duanya adalah penting untuk diet kesuburan dan kehamilan.

5) Minum 8 gelas air bersih setiap hari. Elakkan air botol plastik kerana ia boleh membebaskan bahan kimia ke dalam air.

6) Elakkan makanan digoreng yang telah melalui proses hidrogenasi minyak, lemak tepu haiwan dan makanan dalam ketuhar microvawe. Masakan dan bahan-bahan ini boleh menyebabkan badan mewujudkan radikal bebas yang boleh memberi kesan negatif kepada DNA sel. DNA yang telah terjejas adalah salah satu punca keguguran dan kesukaran hamil

7) Elakkan gula dan pemanis dalam semua bentuk - gula putih, sirap jagung dengan fruktosa tinggi dan lain-lain. Gula memberi kesan negatif  kepada tahap gula dalam darah yang seterusnya memberi kesan kepada keseimbangan hormon dan ovulasi

8) Elakkan alkohol dan kurangkan pengambilan kopi sehingga satu cawan sahaja setiap hari

9) Mengambil asid folik apabila cuba untuk hamil atau dalam persediaan hamil

10) Minum jus segar atau smoothie. Jus dan smoothie adalah cara yang baik untuk mendapatkan sejumlah besar nutrien dengan mudah






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.