Senang Hamil: Maksud Keluar Darah Hitam Sebelum Dan Selepas Haid

Saturday, February 20, 2016

Maksud Keluar Darah Hitam Sebelum Dan Selepas Haid

Sumber : www.women-info.com
Discaj yang normal daripada vagina adalah jernih, kekuningan atau putih. Rembesan semulajadi ini mengekalkan kebersihan di kawasan vagina. Kadang-kadang terdapat perubahan dalam discaj akibat perubahan dalam kitaran haid, pemakanan yang tidak betul, kehamilan atau pengambilan pil kawalan kelahiran.




Dalam kebanyakan kes ia berlaku kerana darah yang lama selepas haid atau berlaku penempelan embrio. Ia adalah perkara biasa jika anda mengalami discaj hitam sebelum haid atau beberapa hari selepas haid.

Discaj hitam boleh bermula :
  • Beberapa hari sebelum haid dan menandakan permulaan aliran darah haid yang normal
  • Beberapa hari selepas haid bermakna terdapat darah yang tertinggal di dalam serviks dan kini ia keluar
  • Di pertengahan kitaran kerana terapi hormon, ovulasi, implantasi, radang atau Sexually Transmitted Diseases (STD) atau selepas hubungan suami isteri
  • Jika sedang hamil, ia boleh menunjukkan keguguran atau kehamilan luar rahim
  • Kehadiran bendasing dalam vagina contohnya kondom
  • Gejala utama kanser pangkal rahim ialah perubahan dalam warna discaj, tetapi ia tidak semestinya hitam. Discaj biasanya disertai dengan bau busuk.
  • Discaj yang tidak normal mungkin disebabkan sebab-sebab lain seperti jangkitan pelvis selepas pembedahan, jangkitan yis, penyakit keradangan pelvis, vulvitis, vaginitis, cervicitis, Endometritis, salpingitis, dan banyak lagi

Anda perlu berjumpa doktor jika:
  • Terdapat banyak discaj hitam
  • Discaj hitam keluar lebih tiga hari
  • Discaj hitam keluar setiap kali selepas bersama suami
  • Apabila anda mempunyai gejala tambahan seperti demam, sakit abdomen atau sakit belakang yang kuat, kekeringan vagina, vagina terasa membakar dan gatal
  • Jika anda mempunyai discaj hitam selepas menopause
  • Jika anda mengambil ubat-ubatan hormon, discaj hitam muncul dari semasa ke semasa lebih daripada tiga bulan.
Discaj hitam biasa berlaku sebelum haid atau selepas haid, dalam kes-kes lain ia adalah satu perkara yang serius dan membimbangkan







.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.