Senang Hamil: Wanita Hadapi Masalah Sukar Hamil Lagi Selepas C-Section

Monday, February 29, 2016

Wanita Hadapi Masalah Sukar Hamil Lagi Selepas C-Section

Sumber : en.wikipedia.org
Ramai wanita yang pernah melalui C-section menghadapi masalah kesukaran hamil lagi. Ini membawa kepada satu persoalan yang sering ditanya:  Adakah terdapat kaitan antara wanita yang pernah alami C-section dan menghadapi masalah kesukaran hamil?


Ada yang percaya bahawa C-section sebenarnya mengganggu sistem pembiakan dan boleh menyebabkan seorang wanita mempunyai masalah apabila dia sudah bersedia untuk hamil lagi. Ini biasanya dipanggil ketidaksuburan sekunder, yang biasa di kalangan wanita selepas melalui C-section.

C-section boleh menyebabkan ketidaksuburan akibat daripada beberapa perkara termasuk:
  • Parut di rahim yang boleh menghalang penempelan embrio
  • Kehilangan darah yang boleh memerlukan hysterectomy (buang rahim)
  • Jangkitan pelvik yang boleh membawa kepada masalah tiub fallopio tersumbat dan menghalang persenyawaan sperma dan ovum
  • Parut sekitar ovari atau tiub fallopio yang boleh menghalang ovulasi atau persenyawaan jika ada ovulasi
  • Kejutan anestetik (ubat bius) atau komplikasi lain yang memerlukan pembedahan lain atau perlu hysterectomy (buang rahim)
  • Keguguran kerana plasenta tidak mampu membenam dengan selamat dan tumbuh di dinding rahim yang berparut
  • Rahim pecah semasa hamil. Pecah semasa hamil atau bersalin adalah sangat jarang berlaku tetapi boleh berlaku

Jika anda menghadapi masalah sukar hamil selepas anda melalui C-section, adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor mengenainya. Doktor akan memastikan bahawa tidak ada isu-isu ketidaksuburan lain.

Anda juga sebaiknya mengambil tahu mengenai  kitaran ovulasi. Jika tiada masalah mengenai ovulasi, anda mungkin perlu mendapatkan bantuan doktor pakar



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda





Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.