Senang Hamil: Pengganggu Kesuburan Lelaki Dan Wanita Tanpa Disedari

Thursday, March 10, 2016

Pengganggu Kesuburan Lelaki Dan Wanita Tanpa Disedari


Apabila anda mengalami kesukaran untuk berjaya hamil,  ini masanya untuk melihat setiap aspek kehidupan termasuklah produk penjagaan kulit yang anda gunakan.


Hampir setiap wanita mempunyai losyen dan krim yang direka untuk menghapus kedutan, garis-garis halus, untuk kulit gebu dan licin. Walaupun anda tidak bimbang mengenai penuaan lagi, mungkin terdapat produk kebersihan di dalam bilik mandi anda seperti sabun, syampu dan produk penjagaan rambut yang lain.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam beberapa jurnal perubatan dan dijalankan di institusi berprestij seperti Harvard dan UCLA, banyak bahan yang terdapat dalam produk kebersihan kulit seharian mengandungi kandungan kimia perfluorinated yang tinggi, yang lebih dikenali sebagai PFC.

PFC boleh menyebabkan pelbagai isu-isu ketidaksuburan. Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik Chunyuan Fei di UCLA dan diterbitkan dalam Human Reproduction, menyatakan bahawa wanita yang mempunyai tahap PFC yang lebih tinggi daripada biasa berisiko 60-154% lebih tinggi mengalami masalah ketidaksuburan daripada mereka yang tidak.

60% daripada bahan-bahan yang kita sapu di kulit diserap ke dalam aliran darah dan membolehkan ia menyerap vitamin dan mineral, juga menyerap bahan kimia berbahaya

Bahan kimia dalam sabun boleh mengganggu hormon, menggalakkan alahan, membawa kepada isu-isu ketidakesuburan dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Dengan kesan sampingan yang serius seperti ini, kita perlu mengambil berat apa yang kita gunakan pada kulit.

Berikut adalah empat bahan kimia yang kita perlu berhati-hati apabila membeli
  • Wangian:  "Fragrance" sebenarnya boleh menjadi campuran bahan kimia. Syarikat-syarikat pengeluar tidak perlu mendedahkan pecahan bahan-bahan wangian kepada pengguna kerana bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan wangian dianggap "rahsia perdagangan." Pendedahan berterusan kepada wangian telah terbukti memberi kesan negatif kepada sistem saraf pusat dan boleh mencetuskan alahan, migrain dan gejala asma.
  • Parabens. Bahan-bahan ini adalah mimik estrogen. Apabila digunakan pada kulit, mereka masuk ke dalam aliran darah dan berlaku ketidakseimbangan estrogen. Ini boleh mengurangkan jisim otot, meningkatkan deposit lemak, menyebabkan baligh yang awal dan menyebabkan masalah pembiakan dalam kedua-dua lelaki dan wanita.
  • Sulfat. Bahan kimia ini digunakan untuk menghasilkan buih sabun contohnya SLS (sodium lauryl sulfat) dan SLES (Sodium Laureth Sulfate). Sulfat boleh meningkatkan penembusan permukaan kulit. Ia juga adalah perengsa bagi orang-orang yang mempunyai masalah kulit sensitif atau ekzema.
  • Triclosan. Kimia ini adalah yang paling sering dijumpai dalam sabun anti-bakteria. Ia mewujudkan dioksin iaitu karsinogen. Dioksin menyebabkan gangguan pada sistem endokrin dan memberikan kesan negatif terhadap fungsi tiroid.

Bagi pasangan yang sedang berusaha hamil, berhati-hati tentang produk yang anda beli. Gunakan produk yang mengandungi bahan-bahan semula jadi. Baca label. Kebanyakan produk semulajadi yang dijual perlu disimpan dalam peti sejuk, atau datang dalam botol gelap dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek daripada produk yang sarat bahan kimia





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.