Senang Hamil: Sebab-Sebab Isteri Alami Kesakitan Semasa Bersama Suami

Thursday, March 24, 2016

Sebab-Sebab Isteri Alami Kesakitan Semasa Bersama Suami

sumber : www.clearpassage.com
Istilah perubatan bagi sakit semasa bersama adalah dyspareunia. Sakit ini melibatkan sakit yang berterusan atau berulang yang berlaku semasa atau selepas persetubuhan. Sakit semasa bersama boleh berlaku atas pelbagai sebab.


Sakit ketika kemasukan

Sakit semasa penembusan boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuk:
  • Pelincir (lendir) yang tidak mencukupi -Ini sering terjadi akibat daripada ‘aktiviti sebelum bersama’ tidak mencukupi. Pelincir yang tidak mencukupi juga biasanya disebabkan oleh penurunan tahap estrogen selepas menopaus, selepas bersalin atau semasa menyusukan bayi. Ubat-ubatan tertentu diketahui menghalang keinginan atau rangsangan yang boleh mengurangkan pelincir dan menjadikan sakit semasa bersama. Ini termasuk ubat antidepressants, ubat tekanan darah tinggi, ubat sedatives, antihistamin dan pil kawalan kelahiran tertentu.
  • Kecederaan, trauma atau kerengsaan - Ini termasuk kecederaan atau kerengsaan daripada kemalangan, pembedahan pelvic atau episiotomi yang dibuat semasa melahirkan anak
  • Keradangan, jangkitan atau penyakit kulit - Jangkitan di kawasan kemaluan atau saluran kencing boleh menyebabkan sakit semasa bersama. Ekzema atau masalah kulit yang lain di kawasan genital juga boleh menyebabkan masalah ini.
  • Vaginismus - Penguncupan atau refleks otot sekitar pintu masuk faraj menyebabkan penembusan yang sangat pedih.
  • Keabnormalan congenital - Masalah yang hadir pada masa kelahiran seperti faraj yang tidak terbentuk sepenuhnya atau membran yang menghalang pembukaan faraj.

Sakit dalam

Sakit dalam biasanya berlaku dengan penembusan yang dalam dan mungkin lebih ketara dengan kedudukan tertentu. Punca-punca termasuk:
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti endometriosis, penyakit keradangan pelvik, rahim jatuh, rahim terbalik, fibroid, kencing kotor, sindrom usus, buasir dan sista ovari.
  • Pembedahan atau rawatan perubatan. Parut daripada pembedahan pelvik, termasuk histerektomi kadang-kadang boleh menyebabkan sakit semasa bersama. Rawatan perubatan untuk kanser seperti radiasi dan kemoterapi juga boleh menyebabkan sakit

Emosi adalah amat berkait rapat dengan aktiviti seksual dan boleh memainkan peranan dalam apa-apa jenis kesakitan seksual. Faktor emosi termasuk:
  • Masalah psikologi. Kebimbangan, kemurungan, kebimbangan tentang penampilan fizikal anda boleh menyumbang kepada ketidakselesaan atau kesakitan.
  • Tekanan. Otot lantai pelvik anda cenderung untuk menjadi ketat sebagai tindak balas kepada tekanan dalam hidup. Ini boleh menyumbang kepada sakit semasa bersama.
  • Sejarah penderaan seksual.

Jika anda mempunyai sakit berulang semasa bersama, berbincang dengan doktor anda





.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV23" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.